Menyambut saranan
Kakmin [
tentu anda semua membayangkan kakmin ibarat Menteri Bahasa Melayu di Malaysia] yang berbahasa melayu dalam blognya maka menyebabkan terdetik hati ini ingin berbahasa melayu setelah 4 hari asyik bercakap dalam
bahasa rusia ataupon english lambang teman sebilik yang tak kunjung pulang dan ditemani seorang gadis cina yang asyik tersasul bercakap mandarin dengan saya.Walaupun ada diantaranya saya faham dan lebih banyak yang tidak saya fahami,saya mengambil langkah mengiyakan saja kerana 3 hari ini selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Simferopol [
nama sahaja antarabangsa tapi ibarat lapangan terbang di Kuala Terengganu sahaja. Matilah saya andai Mirul membaca coretan ini] kami dihujani pelbagai masalah domestik. Antaranya
1. Lampu dapur,bilik air dan bilik mando yang terbakar. Mungkin kerana litar pintas lantas bergelap di bahagian luar.
2.
Mentol di kiosk yang tiada stok kerana telah habis dibeli oleh sekalian umat yang pulang menaiki penerbangan HY 747 dari Tashkent ke Simferopol pada malam itu
3.Internet kami yg dipotong lambang kononnya tak diguna 2 bulan. [
Matilah da cakap sama dia.Benci tau camni]
4.Pemeriksaan kesihatan yang sangat menyeksakan kerana pelajar2 antarabangsa telah dipindahkan pusat pemeriksaan mereka ke poliklinik baru yang cantik dan moden [
menurut kata doktor bertugas di tempat lama] .Cantik memanglah cantik tapi sangat penat beratur sebab terlalu ramai student antarabangsa [
Yang sangat menyeronokkan,saya tak perlu ditolak2 gadis2 Rusia yang ganas]
5. Peti sejuk kami kehabisan GAS!!!!!! Motif dia nak rosak tatkala kami dibelenggu pelbagai mehnah dan tribulasi
Catatan ini bukanlah catatan hari merdeka sebenarnya saya hanya mengambil kesempatan menulis dalam bahasa malaysia kerana saya harap orang disebelah saya iaitu
Surinder tak memahami apa yang saya tulis kerana dia memekak2 di sebelah saya mengatakan saya tak perlu bayar main internet di cc nya pada hari ini.Matilah dikau wahai Surinder aku akan main sampai
pukul duabelas sebagai membalas dendam. Mesti dia takut melihat wajah saya yang hendak menangis sedari tadi kerana saya terlepas berbual dengan kawan saya yang saya pesan barang melaluinya..huwaaaaa..harap2 Nalina membaca sms terakhir saya meminta dia membelikan sesuatu untuk saya di Guardian KLIA.
Walaupun hari2 kelmarin mencatatkan episod2 sedih terdapat jua beberapa perkara menggembirakan yang harus
dikongsi bersama demi menunjukkan saya adil dalam menilai kejadian2 yang berlaku dalam kehidupan saya. Lagipun kita perlu memberi fokus kepada perkara-perkara yang menggembirakan kita demi tidak membutakan mata kita dengan kesedihan duniawi [
haha saya sendiri tergelak membaca ayat ini]
1. Perjalanan saya dipermudahkan Allah apabila beg saya yang seberat 50kg [
beg besar] dan 12 kg [
beg kecil] seringkali mendapat bantuan daripada pelbagai manusia. Bermula sejak dari rumah.Sudah tentulah ayah saya menolong saya. Di KLIA pula, abang
secure wrap menolong ayah saya pula.Sampai di Simferopol,terdapat seorang pekerja menolong saya sebelum rakan saya yang baik hati menolong saya walaupun terpaksa mengendong begnye sendiri yang berat. Nanti saya ada duit lebih saya akan belanja dia
[walaupun duit lebih amat jarang berlaku dalam kehidupan saya ahahahha]. Sampai dihostel,saya dan huili ditolong pula oleh bekas presiden Malaysian Student council sehingga ke lif.
Saya amat bebesar hati seorang yang pernah berjawatan menolong saya.Andai ada pilihanraya,dan saudara tersebut bertanding saya akan mengundi dia. Afundi PRADEEP!!! Keluar dari lif,kebetulan kawan kami lalu didepan,lantas terkejut melihat kami didalam lif ibarat dan menarik beg2 keluar sehingga betol2 didepan bilik.
2.Beg saya tidak diperiksa di lapangan terbang .Saya amat takut andai beg saya diperiksa kerana saya membawa
tempoyak dan belacan. Sudah tentu barangan tersebut akan dirampas!!
3.Penyelia hostel memeluk saya dan mengatakan selamat pulang
budak senyum. Saya rasa mesti kerana saya tidak pernah bercakap dengannya dan hanya tersenyum mesra saja.Malah saya rasa dia terkejut kerana saya boleh bercakap sebenarnya. Apa dia ingat saya bisukah?
Tapi tak mengapalah kerana dia ingat no bilik saya lantas menunjukkan dia benar2 ingat pada saya dan bukan sekadar berbasa basi4.Sesampainya saya dari lapangan terbang ke bilik saya dalam 15 menit bersenang lenang atas lantai seperti orang kaya ,telefon saya berbunyi. Rakan saya masak pula.
Saya sangat gembira kerana saya baru bercadang nak mengorbankan sebungkus maggi saya.5.Ketika beratur nak membuat pemeriksaan pelbagai kejadian kelakar yang mencuit hati saya berlaku.Walaupun saya menunggu lebih dua jam hendak masuk ke bilik GP tapi saya terkukik2 ketawa bersama rakan2 lain junior-junior kebanyakannya kerana
mereka seusia atau sedarjah dgn saya sedang sibuk beratur mengambil peperiksaan prektikal di bangunan bersebelahan akibat beberapa adegan lucu. Nanti saya ceritakan.
6. Saya berjaya dalam peperiksaan prektikal saya kerana saya orang terakhir dan cikgu tersebut pernah menjadi
invigilator saya ketika membuat ujian darah dahulukala. Maka dia meluluskan saya tak sampai 3 minit saya ditanya. Saya bersyukur rakan2 saya menyuruh saya membuat exam pada hari ini kerana pada awalannya saya tak bercadangpun nak mengambil exam kerana saya penakut dan tak baca buku lagi [
kerana saya sibuk menonton dvd stephen chow yg dibawa huili sebanyak berstack2 sampai nak muntah saya ketawa].Syukur ke hadrat Ilahi Rabbi yang menolong saya
Demikianlah kehidupan saya selama 4 hari dibumi Ukraine .Terima kasih daun keladi pada yang memberi sokongan moral secara langsung dan tidak langsung.Saya berasa teramat gembira meluahkan perasaan saya dalam bahasa melayu walaupun saya kekurangan adjektif nak menggambarkan rasa amarah dan geram saya.
Walaupun demikian,saya bangga saya lahir pasca merdeka jadi saya tak perlu mengangkat senjata melawan musuh dan saya tetap geram pada seorang rakan yang pergi makan ketika ini.
Saya juga gembira kerana
internet withdrawal syndrome saya berjaya saya matikan pada hari ini dengan melawat cc surinder.